Saturday, May 14, 2016

KONVOKESYEN UiTM ke-84

25/04/2016 [isnin]

Assalamualaikum semua...
hi white cloud
Dalam post kali ni Fai nak kongsi kegembiraan dengan semua bahawasanya Fai telah berjaya grad dan konvo setelah hampir setahun menunggu untuk konvo..yeaayyy! hahaha Lepas habis belajar on July 2015 tu semua tak sure bila akan konvo, ada yang kata bulan November 2015 and ada juga yang kata bulan May 2016.

Tapi tak perlu risau sebab nanti sebulan sebelum konvo pihak Uitm akan hantar SMS kepada kita untuk suruh kita update semua maklumat diri kita dan juga pengesahan kehadiran Konvokesyen.
So macam biasa sebelum konvo ada beberapa step yang perlu kita buat. iaitu step Sebelum, Semasa dan Selepas Konvo..Dalam SMS tu akan ada satu link untuk korang access kepada konvo website.

Dekat website tu korang juga boleh check pasal yuran konvo, saman (kalau ada) & etc..steps untuk konvo seperti dalam gambar dibawah.. ^^


Dengan bangganya Fai telah officially graduated in Bachelor in Administrative Science and Policy Study. Sekarang telah jadi Alumni UITM..hehe nah belanje beberape keping gmbar konvo~

Alumni UiTM Shah alam 2013 & UiTM Seremban 2014-2015

My Family..Harta dunia & akhirat.


tanpa kawan-kawan tak tahu laa macam mana nak survive masa study..thank you saiyang sekalian. hehe




haha..well kegembiraan mesti dikongsi bersama.. "cepat-cepat sape nak pakai jubah konvo sebelum hantar jubah ni.."

 Lepas habis konvo, kitaorang pergi makan di KFC seksyen 7 depan uitm tu..sejuk kan badan dengan aircon KFC..haha panas ceng-ceng kat luar tu. fuhhh~

Alhamdulillah, dah tamat dah konvo, InsyaAllah kalau ada rezeki konvo untuk Master pulak..hohoho
Nak buat ayat cliche sikit.."Terima kasih kepada semua terutama sekali family, ma, pa kerana selalu support dalam semua perkara, dan kawan-kawan yang bersama-sama bersusah senang semasa study..sayang semua padat-padat. Syukur semua berjalan dengan lancar."

well-done-red-crablove-red-crablaugh-red-crab


p/s: Sebelum konvo ramai yang tanya pasal parking kereta, untuk yang konvo di UiTM Shah Alam masa konvo boleh parking di tempat parking bertingkat tapi kalau penuh kena parking di dataran kawad laa jawabnya...
*Lagi satu kalau korang lambat hantar jubah lepas konvo tu caj Rm2.00/per day akan dikenakan. Peace Yoooo~~