Tuesday, July 26, 2016

INDONESIA: Day 4| Last day Yogjakarta

14/08/2015 (Wed)

Hari terakhir di sini kami booking Supir Pak Budi untuk bersiar-siar di luar kota seperti di Goa Pindul, Pantai Inderayanti dan Alun-Alun Kidul.

GOA PINDUL
Perjalanan ke Goa Pindul memakan masa hampir 3 jam. Aktiviti disini ialah tubing dan melalui laluan dalam gua. Di sini kita boleh pilih samada nak aktiviti Goa Pindul, Rafting Oya, ataupun Goa Gelatik.
Perbezaan aktiviti ni adalah tempat lawatan, tempoh masa dan harga. So kami pilih yang basic saja iaitu Goa Pindul: laluan di dalam gua sj, memakan masa selama 1jam dan tidak adventure. Kalau nak rasai adventure sikit pilih laa Rafting Oya.




Kena bawak Tube sendiri oiii..haha


Om ini lah yang akan guide kitaorang dan cameraman kami..hehe

Laluan masuk ke dalam gua pindul.

Dalam gua ni sangat cantik dan sejuk..Om yg guide ktorang akan explain ape yg patut. haha




PANTAI INDERAYANTI & PANTAI KRAKAL
Pantai Inderayanti & Pantai Krakal adalah persisiran pantai yang sama saja...tetapi untuk masuk ke setiap pantai Inderayanti dan Krakal ni akan dikenakan caj yg berlainan...Selamat pantai di Malaysia tak dikenakan caj.. fuhh. Pemandangan dari kedua-dua pantai ni sama cantik.

*Pemandangan dari Pantai Inderayanti..



 Pemandangan dari atas bukit Inderayanti.


Selepas penat bermain di pantai dengan panasnya lagi..kami berehat sambil minum air Kelapa bersama-sama Pak Budi di tepi pantai..haha

*Pemandangan dari Pantai Krakal..


Selepas berjalan-jalan di pantai, Pak Budi bawa kami untuk makan tengah hari di Pondok Makan Lesehan di Griyo Wono. Disini ada disediakan kemudahan seperti musolla untuk solat.
*Lesehan: Bersila




ALUN-ALUN KIDUL JOGJA
Last destinasi kami di Jogja ialah Alun-Alun Kidul..Sebelum menaiki train ke Bandung.
Alun-Alun Kidul terkenal dengan kereta berhias dengan pelbagai deco seperti angry bird, hello kitty dan lain-lain lagi.