Wednesday, September 28, 2016

INDONESIA: Day 10 | Zest Hotel & Good bye INDONESIA

20/08/2015 (Tue)

Hari ni last day kami di Jakarta Indonesia sebelum fly pulang ke Malaysia. Semasa di Jakarta kami stay di Zest Hotel. Hotel ni bersebelahan dengan Swiss Hotel dan shopping complex. Semasa kami stay kat situ ada beberapa lagi outlet-outlet di shopping mall belum dibuka (mybe sbb masih baru lg). 
***
Zest Hotel terletak berdekatan dengan airport. Tak sampai 30 pun boleh sampai airport. tapi untuk ke bandar jauh sikit dalam sejam lebih jugak. Tapi overall Zest Hotel ni memang best!

Kaunter Receptionist Zest Hotel


Guna komputer untuk online free sahaja.

Happy Breakfast uolls..kejap lagi mau pulang ke Malaysia.

Pelbagai menu makanan disediakan.



Sopping mall terletak bersebelahan dengan Zest Hotel. So tak risau kalau lapar boleh jalan kaki saja untk cari mkn.hehe




Jumpa Lagi Indonesia..

Hello Malaysia~

INDONESIA: Day 9 | Jakarta

19/08/2015 (Mon)

OLD TOWN BELANDA
Di Old Town Belanda ni adalah tempat bersejarah zaman Belanda dulu. Kat sini juga kita boleh beriadah dengan sewa speda/basikal warna-warni. hihi

 
Speda Kami kaler Pink!



Cowok-cowok Jakarta. haha

Bangunan peninggalan Belanda.

Pelbagai kaler speda yang ditawarkan untuk disewa ya..

ICT MANGGA 2 & TANAH ABANG
ICT Mangga 2 dan Tanah Abg adalah antara tempat shopping yang famous di Jakarta. 
Semasa di Tanah Abang, kami sampai dalam pukul 5 lebih dan penjual semua mula kemas-kemas barang untuk tutup kedai. Rupa-rupanya mereka tutup kedai pukul 6@7 ptg gituu. Baju-baju kat situ semua cantik-cantik, selamat kami sempat beli sehelai dua. huhu




ICT Mangga 2



Masjid yang terdapat di atas bangunan Tanah Abang shopping complex. SubhanAllah, sangat cantik!
(masjid okay bukan surau~)


****
Selepas pulang ke Hotel Zest, kami decide untuk jalan-jalan di sekitar hotel sbb hotel ni bersebelahan dengan Shopping mall. J.Cofee pun ada juga disini. Setiap kali kami datang untuk minum confirm dapat donut free. haha  TQ J.Cofee. Last day nanti baru Fai update pasal Zest Hotel okay. =)




Keep calm & lets drink coffe.

Tuesday, September 27, 2016

INDONESIA: Day 8 | Jakarta

18/08/2015 (Sun)

Hari pertama di Jakarta kami decided untuk pergi berjalan-jalan ke Taman Mini Jakarta dan Tugu Monas. banyak lagi tempat nak pergi tapi disebabkan Taman Mini Jakarta tu sangat luas dan menarik so tempat-tempat lain tu kami bawak ke hari esok..hehe

TAMAN MINI JAKARTA
Di sini terdapat banyak replika Mini pelbagai bentuk rumah. Semuanya sangat unik dan cantik..tak puas bergambar. Kat sini juga korang boleh pusing-pusing dengan kereta so takdelah letih sangat berjalan kaki.
















BEBEK KALEYO
Kalau pergi Jakarta sangat recommended untuk makan Nasi Bebek Kaleyo ni..Bebek maksudnya itik.
Style dia macam nasi ayam penyet tapi bebek ni lagi sedappppp! Bebek dia garing kat luar tapi sangat lembut kat dalam. Tahap kepedasan dia tak payah cakap lah memang superb.



TUGU MONAS JAKARTA
Di Tugu Monas pada waktu petang sangat meriah, ramai orang berjogging, berbasikal dan beriadah. Gerai-gerai kecil yg menjual pelbagai barangan seperti baju, makanan juga ada terdapat disitu.