Day 1
11/08/2015 (Mon)
Assalamualaikum...
haaa~harini baru berkerajinan untuk update pasal travel ke Indonesia..kuikui
Secara ringkasnya Fai pergi travel ke Indo bersama SriPekan Girls iaitu terdiri daripada mama Fai, Kakak, kembar Fai & Fai. Kami ke Indo selama 10 days. Selama 10 days tu kami telah jalan-jalan ke Yogyakarta-Bandung-Jakarta! Kami pergi ni secara sendiri-sendiri sahaja tak guna mana-mana service tour pun. So macam biasa sebelum pergi tu kami akan buat plan and itinerary.
Dalam Itenery kami ada tempat-tempat menarik yang kami nak pergi (boleh cari dlm google jee), tempat penginapan dimana kami telah booking awal-awal di Malaysia lagi (guna Tivago), dan estimate budget untuk masuk ke tempat-tempat berbayar. *Haritu guna Trivago untuk Booking bilik sudah disertai dengan brakfast. So dah jimat kat situ..hee
Kami naik flight di KLIA 2 pada pkul 12.20 pm. ke Soekarno Hatta International Airport Jakarta sampai dalam pkul 2.00pm mcm tu (waktu tempatan). so disebabkan banyak lagi masa kami jalan-jalan di airport, makan, beli simcard dan solat di musolla airport.
Tempat penyimpanan kasut di Musolla
(Musolla berada di tingkat 2 hujung sekali)
Dalam pukul 6.00 pm, kami grab teksi untuk ke STESEN GAMBIR yang bersebelahan di TUGU MONAS untuk naik train ke YogYakarta. Train kami pada pukul 10.00 malam.
"Stesen Gambir ni terletak betul-betul di sebelah Tugu Monash
Waktu kami sampai jam 6.15 dah gelap jadi kami terus print tiket train di kiosk
Macam kiosk tiket flight, macam tulah kiosk tiket train ni
Key-in booking code, enter, nanti mesin tu printkan actual tiket train
Tiket train ni kami booking di website Tiket.com, proses booking sangat senang"
kiosk print ticket
ticket untuk 4 orang ke Jogja.
Keretapi kami TAKSAKA MALAM
sambil menunggu~Bergambar dengan Tugu Monas dulu
Sebelum naik train kami beli roti di stesen Gambir..untuk buat bekal kelaparan.
Disyor kan untuk ambik seat Executive..serius korang tak akan menyesal!
Tempat duduk yang sangat selesa untuk perjalanan yang lama (8 jam.)
Bantal dan selimut pun disediakan..
****
p/s: Bakso Malang di stesen Gambir sangat sedappp...rugi kalau tak try! hehe
No comments:
Post a Comment