Tuesday, September 27, 2016

INDONESIA: Day 2| YOGYAKARTA

Day 2
12/08/2015 (Mon)
Assalamualaikum...

Perjalanan dari Jakarta ke Yogyakarta memakan masa kira-kira 8jam. Fuhh~selamat seat yang kami pilih tu selesa so takda laa rasa macam lama sngt (tidoo je dlm train tu)..hehe 
Kami sampai dalam pukul 5.00 pagi. Disebabkan masih awal lagi, kami rehat-rehat dulu di bangku dan solat di surau/musolla yang disediakan.

Selesai semua urusan, kami bergerak ke Nueve Hotel dengan Becak (Beca basikal) harga dalam Rupiah30 ribu. nak tunggu teksi lama sngt so kami decide untuk naik becak. Boleh laa merasa angin fresh waktu pagi di Jogja. hehe~ Waktu check-in hotel pada pukul 2.00 ptg. Disebabkan kami dah smpai awal pagi rugi lah kalau tak pergi jalan-jalan kan..so kami minta pihak hotel panggilkan Supir (untuk sewa kereta) pada pukul 9.00 pagi untuk bawa kami jalan-jalan seharian di Jogja. Sementara menunggu Pak Supir datang kami bersihkan diri di tandas dulu.
*Harga sewa kereta untuk 12 Jam= Rupiah 500 ribu.

YOGYAKARTA
Tiba di Stesen Keretapi Yogyakarta..

Becak yang kami naiki untuk ke Hotel..

Marlioboro street pada waktu pagi
****
Pak Supir datang tepat pada pukul 9.00 pagi seperti yang diminta. Nama pak supir yang akan bawa kami jalan-jalan semasa di Jogja adalah Pak Budi. Orangnya baik bangat..very humble and friendly. Kami bagitau Pak Budi tempat-tempat menarik yang kami nak pergi, lepas tu Pak Budi akan buat bagitau tempat mana akan pergi dulu dan seterusnya, so kat situ boleh jimat masa sekali jalan saja..

First destination kami ialah Candi Borobudur. Haa. kat sini korang jangan lupa untuk bawa kad student tau sbb nanti boleh dapat diskaun 25%..hehe untuk harga ticket boleh tengok dalam gambar dibawah..Candi Borobudur ni sangat cantik dan bersejarah. Memang tak puas bergambar disini. Setiap ukiran di bangunan sangat halus dan bermacam-macam bentuk.

Untuk international tourist akan diberi kain (mcm kain sarung) untuk diorang pakai semasa berada di Candi Borobudur..Untuk sampai ke Candi tersebut kami menaiki mini train, tapi kalau nak berjalan pun boleh juga...

CANDI BOROBUDUR

Mini Train untuk ke Candi

Di setiap arca yang bentuk macam loceng tu terdapat patung budha kat dalamnya..

Selepas puas bergambar kami turun dengan jalan kaki sahaja...Disepanjang perjalanan turun tu tak rasa macam jauhh pun sebabnya terdapat banyak gerai dan kedai-kedai di tepi jalan yang jual pelbagai barang, ada yang jual baju t-shirt, cenderamata, makanan dan lain-lain. Yang paling sedap Tauhu..sedapnyaa..kami beli 2 plastik Tauhu tapi ternyata tidak cukup..huhu

Dan satu lagi, masa turun tu korang kena bersiap sedia lah okay, sebab nanti korang akan jadi artis skejap. Semasa turun tu akan ada ramai penjual-penjual serbu korang sbb nak suruh korang beli barang diorang. Hmm, kat sini pun kena berjaga-jaga dengan malin/penyeluk saku. Haritu punya lah takut diorang serbu beramai-ramai..extrem giler! smpai block kami punya jalan. Tapi kami jalannnn je sambil pegang beg kemas-kemas, kepala geleng-geleng tanda taknak beli & senyum kata terima kasih. Fuhhh~ sampai ke pintu gate diorang escourt kitaorang. 'Fefeeling retis jogja sekejap' hahaha

Semasa google ramai kata 'Bakpia' antara makanan famous di Jogja. Semasa otw ke tempat kereta ade orang jual Bakpia ni so kitaorang beli laa..nak dijadikan cerita Pak Budi kata Bakpia yang kami beli ni bukan ori punya. Sebabnya kat luar kotak ada tulis kacang hijau tapi bila makan takde kacang hijau..Tak kisah laa ada kacang hijau ke tak sbb rasanya sedappp tambah pulak dengan lapar+kebulur lagi ni so semua makan rasa sedap..hahaha

Bakpia yang dibeli di Borobudur.
Di Malioboro ada jual macam-macam jenis Bakpia..Yang Paling sedap semestinya Bakpia Chocolate.
yang tak ori ni pun sedap jugak..haha

****
Selepas selesai di Candi Borobudur, Pak Budi bawa kami lunch di 'Restaurant Bale Kambang'.
Kawasan restaurant ni sangat cantik, kawasan makan dikelilingi kolam ikan dan harga pun sangat berpatutan.



GUNUNG MERAPI

Seterusnya kami pergi pula ke Gunung Merapi.. korang boleh baca asal usul dan sejarah Gunung Merapi Disini... Last Gunung Merapi meletus pada tahun 2010 dan mengorbankan ramai penduduk. Walaupun begitu, semasa kami melawat kebanyakan penduduk mula mendiami rumah masing-masing walaupun diorang sedar akan bahaya tersebut yang Gunung Merapi ni bila-bila masa saja boleh meletus.

Sampai saja di JWM Adventure iaitu tempat menyewa jeep, kami diberi pilihan samada nak ambil pakej Short, Medium, Long atau Sunrise. Setiap pakej ni mempunyai jarak, lokasi dan harga yang berbeza. Kami ambil pakej Short saja. Kepada yang lebih gemar adventure gitu boleh juga sewa motorbike. Tapi kami rasa dengan jeep pun adventure juga dengan jalan berbukit dan hujan rintik-rintik pula time tu..fuhhh~hehe

Antara pakej yang terdapat di JWM Adventure

Driver jeep kami, sesambil melawat kawasan dia akan explain.

Pakai Mask untuk elak dari asap & debu.


Kami berhenti di salah satu kawasan yang dulunya rumah orang-orang kampung tapi sekarang telah jadi muzium hasil peninggalan selepas letusan gunung merapi.


Al-Quran yang masih elok walaupun terkena debu panas letusan merapi.
Subhanallah..

According to our driver..dibelakang kami ni adalah jalan laluan lava.







Selepas selesai melawat kawasan di Gunung Merapi kami decided untuk balik ke Hotel. Sepanjang turun dari Gunung Merapi tu kita akan disajikan dengan pemandangan yang cantik iaitu Padi Bukit. Padi yang ditanam di lereng-lereng bukit.

Untuk elakkann diri dari kebulur dimalam hari, Pak Budi bawa kami makan 'Mie Bakso di Mr.Blangkon'. Kita boleh request nak makan ape nanti Pak supir akan bawa. So kami request nak makan Bakso, tak nak makan nasi..hehe Dekat sini ada banyak plihan Bakso, Pak Budi suggest Bakso Blangkon..Ternyata memang sedapppp! Yumm.


Tadaa~My Bakso Blangkon and Alpukat juice. Yummih!

Our fav Pak Supir..Pak Budi.
Now back to hotel and rest. Night.


No comments:

Post a Comment