Tuesday, September 27, 2016

INDONESIA: Day 5 | Bandung

15/08/2015 (Thu)

Alhamdulillah, kami selamat sampai di Bandung atau nama femesnya ialah Parijs de Java..
Kami terus check in Homestay di Orange Home's Syariah Bandung. Homestay ni bolehh laa, selesa, dan murah tetapi sedikit jauh dari bandar. Dan homestay ni juga terletak sedikit pedalaman, so kalau nak pergi bersiar-siar jalan kaki atau cari gerai-gerai makan berhampiran agak susah dan jauh.
Kalau nak sewa teksi untuk ke bandar atau mana-mana destinasi hanya bagitahu staff di kaunter dan mereka akan arrange kan mobile untuk kita.



PASAR BARU TRADE CENTRE
Tempat ni macam shopping mall..dan awal-awal sebelum masuk lagi kita dinasihatkan berhati-hati dengan pencuri dan jaga beg elok-elok.
Kalau jumpa peniaga yang baik hati kita boleh runding harga sampai murahh-murah. haha  Tapi yang tak boleh nak blah sangat bila sorang polis guide tu asyik ikut kemana saja kitaorang pergi, sampaikan nak membeli pun rasa tak selesa..last-last dia bawa kami ke kedai yang jual kain telekung (mungkin kedai saudara-mara dia atau dia dpt komisen kalau bawa pelanggan kotttt..). Lepastu baru dia dah tak ikut  ktorang. Hmmmm..




Kami suka shopping dekat kedai budak laki ni, harga boleh tawar menawar smpai murah,  kain telekung cantik-cantik semua dan diorang pun friendly juga..layann jee.  haha

Selesai shopping kami pergi ke food court di tingkat atas sekali..haa, kat sini jangan terkejut pulak kalau diorang terpekik dan terlolong panggil korang makan kat gerai diorang. mungkin strategi marketing diorang kott. haha

Suasana food court.. ^^

 JALAN ASIA AFRICA...
Lepas tu, kami straight jalan kaki ke Asia Africa St. Waktu kami sampai tu dlm pukul 7 dan suasana persekitaran sangat meriah..



Alun-Alun Bandung


CIHAMPELAS WALK
Dekat sini paling best, ade shopping mall dan pelbagai pilihan makanan..Part makanan tu laa yang syokk sbb seharian tak jumpa makanan, sampai je sini rambang mata nak pilih makanan. hahaha




Kami pilih untuk makan di MBK (Bakso Malang Karapitan)
ni semua penangan dari Bakso Malang semasa kami makan di Stesen Keretapi Jakarta. Superbbb!
Tapi di BMK ni tak sama..hurmmm



Yang ni sedappp..Es Campur. Tapi terlebih manis sikit kot. & masih lagi tak boleh lawan Es Campur yang kami makan di gerai berhadapan Istana Air di Jogja. hahaha..

Bergambar dengan Spiderman...
::Untuk balik ke hostel kami tahan je teksi tepi jalan dan tunjuk nama dan alamat homestay kami. 


No comments:

Post a Comment