16/08/2015 (Fri)
SubhanAllah..pemandangan sangat memukau dan bau belerang pun kuat juga,,haha
Morning..
Hari ini kami ingat nak pergi ke Kawah Putih dan Tengkuban Perahu tetapi driver kami kata dua tempat tu jauh umpama satu di Utara dan satu lagi di Selatan. So nak jimatkan masa kami hanya pilih untuk pergi ke Kawah Putih sahaja.
Tambahan pula timing kami di Bandung sedikit teruk sbb ianya hujung minggu (hari cuti) dan keesokannya ialah hari Kemerdekaan Indonesia.. So kebanyakan warga dari Jakarta akan turun berlibur (jalan-jalan) di Bandung!! hmm..macam semua warga bandar balik kampung so faham-faham je laa macam mana jem nye jalan time tu..hadoiii..haha
Liburan: jalan-jalan
Mancet: jalan jem
KAWAH PUTIH CIWIDEY
Bfast dengan nasi dan tomyam di homestay Orange's Syariah.
Warga Indonesia bersiap sedia untuk menyambut Independence Day..
Tempat-tempat menarik di Ciwidey sepanjang otw ke Kawah Putih.
Kedai-kedai cenderahati yang terdapat di bawah sebelum sampai ke Kawah Putih.
Kami naik ke tempat Kawah Putih dengan Mobile. Tetapi kalau tak nak naik keatas dengan mobile pun boleh, pengankutan awam ada disediakan dan kena beli tiket sorang satu.
gambar google: Haa, van ni laa yg akan bawa korang naik atas ke Kawah Putih. Jalan naik ke Kawah Putih tu bengkang bengkok tapi van ni bawak fulamakkkk laju giler. hahaha
Alhamdulillah..sampai juga akhirnya di Kawah Putih setelah berjam-jam berada dalam mobile disebabkan jalan terlampau mancet.
SubhanAllah..pemandangan sangat memukau dan bau belerang pun kuat juga,,haha
****
Otw turun dari Kawah Putih pun mengambil masa juga tetapi tidak laa seteruk semasa datang.huhu Hari pun dah gelap dan perut pun dah lama menyanyi lagu keroncong so Kami singgah makan dulu..
Di indonesia memang terkenal dengan makan secara lesehan (bersila).
****
Last sekali kami ingat dah sampai homestay..tapi driver bawa kami ke gudang kain pula. Haha
Banyak juga kami borong kain..harga kain murah-murah dan cantik. memang rambang mata nak pilih.
No comments:
Post a Comment