Saturday, March 17, 2018

My Wedding Day |: Officially Status Change from Miss to Mrs Faizatul Fauziah

Alhamdulillah!

A date to remember in our life 17.3.2018 | Saturday.

Dengan ini bertukarlah status daripada Cik kepada Puan Faizatul Fauziah. 
Yeaayy! dah kawin, hahaha Setelah kenal hampir 9 tahun start dari tahun 2009 - 2018. 
Akhirnya berjodoh juga kita setelah mengharungi pahit manis dalam tempoh tu..hahaha

To  My Beloved Omma Noor Aizita & also my family members, Thank you so much for everything u have done untuk menjayakan majlis kawin ni. Tanpa mereka semua tak tahu lah apa nak jadi,, fuhhh~ Saranghea!

To Dear Husband Abdul Hakim, Welcome to my life and our new journey foward~
Doa saya agar perkahwinan ini berkekalan hingga jannah dan awak dapat bimbing saya untuk menjadi isteri yang solehah. The most important is semoga iman dan kesabaran awak kuat untuk layan saya yang banyak kerenah ni sepertimana awak bersabar sebelum ini. Aminn~ heee 
Love You Husband!


Thursday, June 29, 2017

My Wedding Day | Things To Do Before Majlis Kahwin

Image result for list down before wedding
Assalamualaikum~

Apa khabar semua? rasanya dah lama Fai tak update di blog, busy sentiasa.. :)

So untuk entry kali ni Fai nak update mengenai perkara yang Fai lakukan sebelum Majlis kawin..
Banyak perkara yang perlu pikir n buat kalau nak kawin ni, So untuk memudahkan kerja, kita kena list down kan semua yang perlu dilakukan...Alhamdulillah, family banyak membantu dari awal proses hingga akhir, so mudah laa sikit kerja.  heee~

1- Hadir Kursus Kahwin
Kursus Kahwin ni wajib untuk pasangan yang bakal berkahwin, Fai daftar kursus di Balai Islam Lundang KB. Korang boleh pergi daftar dan pilih tarikh untuk kursus, Untuk daftar kena buat bayaran RM72 sorang. Dalam tempoh kursus selama 2 hari tu, kita akan belajar banyak bab2 akhlak, akidah, proses2 kahwin dan lain2, Dan pastikan korang pakai proper kalau tidak tak dapat masuk kelas tau..Selepas tamat kursus, mereka akan bagi sijil kursus kawin. (Nanti bawak laa gula2 untuk elakkan mengantok dlm kelas..)

2. HIV Test
HIV test ni dibuat seawal 3 bulan sebelum majlis kawin, Fai buat di klinik kesihatan KB, dan bayaran dikenakan sebanyak RM1. Nanti nurse akan tanya soalan simple2 je..

3. Isi Borang Permohonan Kahwin
Kita boleh dapatkan borang ni dengan penolong pendaftar (imam mukim berkenaan)
Isikan borang dengan lengkap dan sediakan semua lampiran2 yang diminta
Selepas itu hantar borang permohonan tersebut kepada Penolong Pendaftar Nikah Mukim 7 hari sebelum majlis akad nikah untuk pengesahan status @ kelulusan kawin.

4. Pilih Tarikh & Tempat Majlis Kahwin 
Tempat biasanya orang buat dekat rumah, tapi kalau nak buat dekat dewan atau lain2 tempat kena decide awal2.
Contoh Buat di Rumah: kena booking Canopi, Catering, Jong kako @ Pembantu untk refill lauk, tukang basuh gelas&pinggan tapi kalau guna pinggan plastik tak perlu laa tukang basuh. haha
 Contoh buat di Dewan: Kena deal dengan sales person untuk booking, nanti sales person akan bagi package2 yang available untuk korang pilih. Untuk majlis my mama deal dengan Puan Zainab (sales person Tok Aman Bali Resort). Thanks to Pn Zainab, majlis Fai semua berjalan dengan lancar. ;)

5. Tetamu Jemputan
Bincang dengan family berapa ramai orang nak jemput. Family Fai decide untuk jemput seramai 300 orang. Hanya orang yang terdekat sahaja.

6. Kad Kahwin
Fai buat kad kahwin online je sebab lagi murah dan jimat..Fai dengan Kadku.Pro (Korang boleh tngok page dia di FB@Website). Selain dari harga yang mampu milik, design2 kad dia pun cantik2 juga serta banyak free gift items. so sangat2 berbaloi,
 Fai ambil pakej Kad Sakura size 6x6-300pcs, dengan free gifts:
-Bunting 2x, Banner 1x, Arrow 10x, Props 10pcs, Backdrop 6x6, Button badge 5pcs, TQ Tag, Mockup cek, Guest book, E-Card..Total harga Rm330 termasuk dengan Cas Kurier. So murah giler kann~ Yang Penting Fai boleh save budget!


7. Pelamin Dan Baju Kahwin
Untuk pelamin dan baju kahwin, Fai ambil dengan Ona dari Impiana Bridal dekat melor. Design Baju dia semua cantik2. Untuk pakej di dewan harga dia start Rm3500 keatas, Mostly Fai survey kat lain2, untuk event di dewan harga dia lebih mahal sikit berbanding buat majlis dirumah. So total Harga Pelamin n Baju Fai selepas tambah benda2 lain seperti tempat letak par, cas hantaran RM 3650.
Pakej Fai ambil dengan Impiana Bridal: Pelamin, Baju 2pasang + set accesories (Lelaki&Perempuan), Makeup 1x, Pintu gerbang, Tempat Letak Par.

8. Photographer
Untuk Cameraman pula Fai booking dengan Nik Mat Nazri (boleh tengok di fb). Untuk tarikh fai kawin tu mostly photographer bnyak yang tak available mujur laa ada Nik yang available tarikh tu. Gambar dia cantik2..dan paling penting orangnya friendly giler..Harga package dia pun sangat2 berpatutan. Fai ambil untuk 5 event: Akad nikah + Sanding + Outdoor + Majlis Bertandang + Majlis pertunangan Adik fai, Total semua RM2,000.  Fai ambil package B dan tambahan untuk majlis lain tu boleh negotiate dngn en.Nik.

9. Barang-Barang Hantaran
Untuk barang2 hantaran boleh laa decide dengan family@pasangan nak bagi dan balas berapa..Biasanya adat melayu perempuan kena bagi ikut nombor ganjil, contoh lelaki bagi hantaran 5 par, perempuan kena balas 7par..Tapi fai kawin, lelaki bagi 5 dulang, perempuan bagi 5 dulang..So mana2 boleh, ikut kemampuan masing2.

10. Door Gifts
Untuk door gift, My mama decide nak bagi cristal bowl dan gula2...Thanks to kita punya saudara mara sbb sponsor Garam Bukit untuk letak dalam beg door gift. & many2 Thanks to my twins jg sbb sponsor door gift..Heee. Saranghea!

11. Makeup Artist (MUA)
Dalam package bridal dah termasuk 1x makeup, tapi korang kena fikir juga makeup untuk akad nikah, sanding, outdoor dan majlis bertandang.
Akad nikah: Lynn bridal (dpt hrga kawan2..hehe)
Sanding & Outdoor : Kak Diba Dib (rm500)
Majlis bertandang: Ona Impiana Bridal (dh termasuk dlm pckage)

12. Perkara lain2
Biasanya perkara kecil2 yang lain ramai yang last minit baru ingat nak buat..haha same goes to me!
Sehari sebelum akad nikah baru teringat nak pakai inai cantik2 yang jadi trend zaman sekarang, mujur laa kak ipar ada kenal orang yang ukir inai..fuhh~
*Sehari sebelum majlis tu kena siap2 semua iron baju, tudung, anak tudung semua and letak satu tempat So nanti senang nak ambil kannnn~

Setakat ini saja lah yang Fai kongsi dengan korang semua. Semoga perkongsian ringkas ini dapat membantu korang merancang majlis nnti dengan baik. Amin~
 Kalau ada yang nak tambah dan kongsi yang lain2 boleh bagitau kat comment bawah. Akhir kata, buat majlis ikut bajet masing2, so lepas majlis nanti takde lah yang berhutang sana sini okayy..

Lot of Love from Me to You <3


Wednesday, September 28, 2016

INDONESIA: Day 10 | Zest Hotel & Good bye INDONESIA

20/08/2015 (Tue)

Hari ni last day kami di Jakarta Indonesia sebelum fly pulang ke Malaysia. Semasa di Jakarta kami stay di Zest Hotel. Hotel ni bersebelahan dengan Swiss Hotel dan shopping complex. Semasa kami stay kat situ ada beberapa lagi outlet-outlet di shopping mall belum dibuka (mybe sbb masih baru lg). 
***
Zest Hotel terletak berdekatan dengan airport. Tak sampai 30 pun boleh sampai airport. tapi untuk ke bandar jauh sikit dalam sejam lebih jugak. Tapi overall Zest Hotel ni memang best!

Kaunter Receptionist Zest Hotel


Guna komputer untuk online free sahaja.

Happy Breakfast uolls..kejap lagi mau pulang ke Malaysia.

Pelbagai menu makanan disediakan.



Sopping mall terletak bersebelahan dengan Zest Hotel. So tak risau kalau lapar boleh jalan kaki saja untk cari mkn.hehe




Jumpa Lagi Indonesia..

Hello Malaysia~

INDONESIA: Day 9 | Jakarta

19/08/2015 (Mon)

OLD TOWN BELANDA
Di Old Town Belanda ni adalah tempat bersejarah zaman Belanda dulu. Kat sini juga kita boleh beriadah dengan sewa speda/basikal warna-warni. hihi

 
Speda Kami kaler Pink!



Cowok-cowok Jakarta. haha

Bangunan peninggalan Belanda.

Pelbagai kaler speda yang ditawarkan untuk disewa ya..

ICT MANGGA 2 & TANAH ABANG
ICT Mangga 2 dan Tanah Abg adalah antara tempat shopping yang famous di Jakarta. 
Semasa di Tanah Abang, kami sampai dalam pukul 5 lebih dan penjual semua mula kemas-kemas barang untuk tutup kedai. Rupa-rupanya mereka tutup kedai pukul 6@7 ptg gituu. Baju-baju kat situ semua cantik-cantik, selamat kami sempat beli sehelai dua. huhu




ICT Mangga 2



Masjid yang terdapat di atas bangunan Tanah Abang shopping complex. SubhanAllah, sangat cantik!
(masjid okay bukan surau~)


****
Selepas pulang ke Hotel Zest, kami decide untuk jalan-jalan di sekitar hotel sbb hotel ni bersebelahan dengan Shopping mall. J.Cofee pun ada juga disini. Setiap kali kami datang untuk minum confirm dapat donut free. haha  TQ J.Cofee. Last day nanti baru Fai update pasal Zest Hotel okay. =)




Keep calm & lets drink coffe.

Tuesday, September 27, 2016

INDONESIA: Day 8 | Jakarta

18/08/2015 (Sun)

Hari pertama di Jakarta kami decided untuk pergi berjalan-jalan ke Taman Mini Jakarta dan Tugu Monas. banyak lagi tempat nak pergi tapi disebabkan Taman Mini Jakarta tu sangat luas dan menarik so tempat-tempat lain tu kami bawak ke hari esok..hehe

TAMAN MINI JAKARTA
Di sini terdapat banyak replika Mini pelbagai bentuk rumah. Semuanya sangat unik dan cantik..tak puas bergambar. Kat sini juga korang boleh pusing-pusing dengan kereta so takdelah letih sangat berjalan kaki.
















BEBEK KALEYO
Kalau pergi Jakarta sangat recommended untuk makan Nasi Bebek Kaleyo ni..Bebek maksudnya itik.
Style dia macam nasi ayam penyet tapi bebek ni lagi sedappppp! Bebek dia garing kat luar tapi sangat lembut kat dalam. Tahap kepedasan dia tak payah cakap lah memang superb.



TUGU MONAS JAKARTA
Di Tugu Monas pada waktu petang sangat meriah, ramai orang berjogging, berbasikal dan beriadah. Gerai-gerai kecil yg menjual pelbagai barangan seperti baju, makanan juga ada terdapat disitu.