Tuesday, September 27, 2016

INDONESIA: Day 8 | Jakarta

18/08/2015 (Sun)

Hari pertama di Jakarta kami decided untuk pergi berjalan-jalan ke Taman Mini Jakarta dan Tugu Monas. banyak lagi tempat nak pergi tapi disebabkan Taman Mini Jakarta tu sangat luas dan menarik so tempat-tempat lain tu kami bawak ke hari esok..hehe

TAMAN MINI JAKARTA
Di sini terdapat banyak replika Mini pelbagai bentuk rumah. Semuanya sangat unik dan cantik..tak puas bergambar. Kat sini juga korang boleh pusing-pusing dengan kereta so takdelah letih sangat berjalan kaki.
















BEBEK KALEYO
Kalau pergi Jakarta sangat recommended untuk makan Nasi Bebek Kaleyo ni..Bebek maksudnya itik.
Style dia macam nasi ayam penyet tapi bebek ni lagi sedappppp! Bebek dia garing kat luar tapi sangat lembut kat dalam. Tahap kepedasan dia tak payah cakap lah memang superb.



TUGU MONAS JAKARTA
Di Tugu Monas pada waktu petang sangat meriah, ramai orang berjogging, berbasikal dan beriadah. Gerai-gerai kecil yg menjual pelbagai barangan seperti baju, makanan juga ada terdapat disitu.





INDONESIA: Day 7 | Last day Bandung

17/08/2015 (Sat)

Hari ini kami akan bergerak ke Jakarta dengan mobile/kereta..harga semua kami sudah runding siap-siap dengan driver (kena bayar lebih sikit). Kami plan kalau ke Jakarta dengan mobile boleh laa singgah-singgah di tempat menarik seperti Puncak Tanah Tinggi, Taman Safari dan lain-lain lagi yang sehaluan dengannya..Tapi hampeh sebab jalan jem gilerrr, nak sampai di Puncak pun makan masa yang agak lama (sbb penuh sesak dengan orang tambahan pula musim cuti kemerdekaan Indonesia), dan dengan driver yang tak berape nak best sangat...rindu pulak dekat Pak Budi. hahaha~

ORANGE'S SYARIAH BANDUNG
Tempat penginapan kami..layanan yang diberikan sangat baik cuma kena upgrade lagi terutama kualiti dalam bilik seperti tuala, selimut sebab nampak agak lama dan bilik air juga.

Laluan ke bilik tidur

Tempat makan

Harini kami makan nasi goreng dan telur dadar.

Kolam ikan Orange's Syariah
****
TANAH TINGGI, PUNCAK
Selepas beberapa jam lamanya berada dalam kereta, akhirnya kami sampai di Puncak.
Disini sama seperti Cameron Highland di Malaysia, tapi CH lagi best..haha
Kami ingat nak berhenti di Taman Safari, tapi masa tidak mengizinkan so kami straight ke destinasi Hotel kami di Jakarta.








Kekadang ada budak,pakcik dan makcik akan dtg ke kereta untuk jual samada jual kuih-muih, air, surat khabar dan pelbagai makanan.