Wednesday, June 5, 2013

Conquest Of EUROPE 2013: SWITZERLAND | Day 12


Hai, Assalamualaikum~
Hari ni hari terakhir cuti-cuti di Switzerland sebelum bergerak ke destinasi terakhir Conquest of Europe iaitu Paris. Sebelum ni Fai dah berkongsi pengalaman menerokai Gunung Jungfraujoch Top of Europe dan sekarang kita akan melawat kawasan di Interlaken & Lauterbrunnen. Disini Fai akan shared serba sedikit maklumat tentang Lauterbrunnen & Interlaken.

LAUTERBRUNNEN
"The very name ‘Lauter Brunnen’ (‘many fountains’) suggests the magnificence of this landscape. There are 72 waterfalls in the Lauterbrunnen Valley, the most famous being the Staubbach Falls. Plunging almost 300 metres from an overhanging rock face, they are one of the highest free-falling waterfalls in Europe. 
Another deafening natural phenomenon are the Trümmelbach Falls in the ‘Black Monk’ mountain, hidden behind mighty rock faces. Up to 20,000 litres of water per second cascade over the ten glacier falls from a total height of about 200 metres. This spectacle can only be reached in summer by tunnel lift." (sources:Mr.Google)

Good Morning~
Awal pagi di campsite dengan pemandangan air terjun dan rainbow! sambil menikmati hot chocolate and breakfast.

Otw pergi melihat air terjun Trummelbachfall, pergi dengan jalan kaki je sambil melawat kawasan. MasyaAllah cantik giler permandangan sepanjang nak sampai ke tempat air terjun tu!
Tapi korang akan diberi pilihan sama ada nak pergi tengok air terjun atau tidak. Dah alang-alang sampai sini rugi laa kalau tak tengok kan, Sebab gembira sangat gambar biri-biri pun Fai ambil.  hahaha

Taraaa~ dah sampai. Untuk masuk kena bayar beberapa euro je(tak ingat berapa) lepastu kita akan naik lif keatas untuk tengok air terjun. Tinggi mak aii atas tu and jalan pun licin so kena berhati-hati.

Trummelbachfall.
Tak banyak ambil gambar kat dalam ni sebab kamera berwap..tapi sape tak datang sini mmg rugi. Lepas melawat air terjun kita akan pergi bersiar-siar di bandar Interlaken pula. Siapa yang minat shopping tu standby duit banyak-banyak yea. haha 

Di sekitar bandar Lauterbrunnen.

Stesen Keretapi Lauterbrunnen.

Di stesen keretapi Lauterbrunnen
 Ni gambar bersama antara ahli rombongan dan staf-staf KC yg berbasikal tu tapi Encik Cowboy sorang pulak tersesat kat situ..action je lebih tuu. haha

Tiket Keretapi 2 hala dari Lauterbrunnen to Interlaken

INTERLAKEN
"Interlaken is a resort town on the Aere River, between Lakes Thun & Brienz in central Switzerland, and gateway to the Bernese Oberland. In a dramatic setting with vistas of the Alps, it has long been an international destination. Summer is high season, but its also a natural base for winter sports, serving as a transportation center for the surrounding mountain region." (sources:Mr.Google)
****

Interlaken

Dibandar Interlaken

Ermm..biasa je sebenar bandar dia tapi mmg bersih takde sampah pun atas jalan n cantik laa jugak,,hahaha

Swiss Made Shop
Antara yang popular di Swiss adalah Jam Tangan Swiss. Fai pun dah belii~Thank you pa belanja anak-anak mu ini jam tangan Swiss Military. hohoho~ Saranghe 

****
Alhamdulillah dah habis menerokai Switzerland Lauterbrunnen & Interlaken. Kat sini paling popular untuk dibuat kenangan seperti Jam tangan, Pisau Lipat Swiss, dan Loceng swiss yang lembu n biri-biri pakai tuuu. Fai pun dah borong semua tu tapi paling menarik kat sini semestinya pemandangan dia yang teramat lah cantik..
Sekarang nak melawat negara terakhir pulak iaitu Paris City of Love.
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D


Tuesday, June 4, 2013

Conquest Of EUROPE 2013: SWITZERLAND | Day 11


Hai, Assalamualaikum~
crazy monkey 050

Hari ni hari ke-2 Fai di Swiss. So kali ni kita akan melawat tempat paling best di Swiss iaitu melawat Banjaran Gunung Tertinggi di Europe! Untuk naik ke atas sana kita naik dengan keretapi Jungfrau. Cer teka atas sana ada apa? ada SALJI~wiii 1st time rasa salji, excited gilerr,,hahaha 
****

Dari Campsite kita akan jalan kaki ke stesen keretapi Jungfrau untuk naik ke Jungfraujoch. Sepanjang perjalanan jalan kaki ni korang boleh menghayati pemandangan air terjun dan flora&fauna. Sejukkk mata memandang!

'Peace, follow me!'

Jungfrau Railways
Dlm keretapi untuk naik ke atas. Sambil-sambil tu boleh laa baca informasi tentang Jungfraujoch Top of Europe ni. FYI Ketinggian Jungfraujoch ini adalah 3454m . 11,333ft! haa~sangat tinggi!!

Peta Jungfraujoch Top of Europe. (sumber: Mr,Google)
Dalam bulat merah tu adalah tempat Fai pergi *Jungfraujoch Top of Europe & bawah tu *Wengen

Top Of Europe
Dekat sini selain ada salji, ia juga ada menyediakan tempat-tempat menarik untuk kita lalui sebelum sampai di puncak seperti Jungfrau-Panorama - Alpine Sensation - Ice Palace - Glacier Plateau. Dalam gambar atas tu parents Fai bergambar di hadapan pintu masuk Alpine Sensation. Woww~

Heyy~ i'm Here at JUNGFRAU TOP OF EUROPE!
Dreams Do Come True 
in love leaf

Ice Man!
Kat sini pun ada tempat baling duit syiling tapi bukan dalam air. hehe~ Kalau kita baling duit syiling kat patung tu duit tersebut akan melekat kat Ice Man tu..haha So untuk buat memory Fai baling duit syiling Malaysia kat situ. Nah tepek kat badan IceMan 10 sen.

Ice Palace
Macam-macam bentuk ada..Salah satu karakter dlm Ice Age pun ada kat situ. haha Kesiann dia terperangkap dlm ice. Dekat dalam Ice Palace ni mmg sejuk, lebih sejuk dari puncak tempat main salji. 

Yeaayyy~ dah sampai puncak Jungfraujoch! MasyaAllah cantikkkknyerrr~ Nak pengsan rasa sebab gembira sngat. hahaha

Lepastu apa lagi, bergambar sakan laa, Macam-macam gaya ada. Yang penting gaya baring atas salji, yang tu wajibbbb~ dan Gambar bersama Bendera Negara Malaysia yang tercinta~
*Jangan lupa bawak sunglasses sebab kat atas ni silau sngt dngn pancaran matahari.

Oh yea~ dinasihatkan kalau naik Jungfrau tu jangan lupa bawa makanan seperti chocolate, asam & seumpamanya. Berada di Puncak setinggi 3454 m tu boleh buat kita pening / darah rendah. So dengan ada makanan tersebut boleh laa membantu mengurangkan pening tersebut. Kalau tak anda-anda yang antibody lemah tuu boleh pitam tahuu...Kang tak pasal-pasal jadi Tragedy Pengsan di Jongfraujoch! hahaha~ 

WENGEN
Lepas puas main kat atas kita singgah di bawah Jungfrau pulak iaitu Wengen yang berketinggian 1274m . 4180ft Singgah kat sini saja untuk jalan-jalan lepastu boleh laa makan-makan & membeli cenderamata. kalau kat atas harga makanan sangat mahal sampai tercekik darah den..hahaha

Salji dah mula cair~sebab sekarang ni dah masuk musim bunga..

Hahaha~ Snow Ball! bukan nasi kepal yea.

Lepas puas main salji & jalan-jalan kita pulang ke campsite. Sepanjang dalam keretapi tu kita boleh tengok pemandangan yang sangat- sangat lah cantikkk,,,Sampaikan Hatiku Tertinggal di Switzerland,.hehe..

****

Alhamdulillah Selesai Menerokai Jongfraujoch Top Of Europe Switzerland. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan melainkan kesan tapak kaki saja yg tertinggal atas sana..kihkihkih. Next post Fai akan kongsi pengalaman menerokai bandar Interlaken & Lauterbrunnen Switzerland.
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D
crazy monkey 059