Hai, Assalamualaikum~
Hari ni hari ke-2 Fai di Swiss. So kali ni kita akan melawat tempat paling best di Swiss iaitu melawat Banjaran Gunung Tertinggi di Europe! Untuk naik ke atas sana kita naik dengan keretapi Jungfrau. Cer teka atas sana ada apa? ada SALJI~wiii 1st time rasa salji, excited gilerr,,hahaha
****
Dari Campsite kita akan jalan kaki ke stesen keretapi Jungfrau untuk naik ke Jungfraujoch. Sepanjang perjalanan jalan kaki ni korang boleh menghayati pemandangan air terjun dan flora&fauna. Sejukkk mata memandang!
'Peace, follow me!'
Jungfrau Railways
Dlm keretapi untuk naik ke atas. Sambil-sambil tu boleh laa baca informasi tentang Jungfraujoch Top of Europe ni. FYI Ketinggian Jungfraujoch ini adalah 3454m . 11,333ft! haa~sangat tinggi!!
Peta Jungfraujoch Top of Europe. (sumber: Mr,Google)
Dalam bulat merah tu adalah tempat Fai pergi *Jungfraujoch Top of Europe & bawah tu *Wengen
Top Of Europe!
Dekat sini selain ada salji, ia juga ada menyediakan tempat-tempat menarik untuk kita lalui sebelum sampai di puncak seperti Jungfrau-Panorama - Alpine Sensation - Ice Palace - Glacier Plateau. Dalam gambar atas tu parents Fai bergambar di hadapan pintu masuk Alpine Sensation. Woww~
Heyy~ i'm Here at JUNGFRAU TOP OF EUROPE!
Dreams Do Come True
Ice Man!
Kat sini pun ada tempat baling duit syiling tapi bukan dalam air. hehe~ Kalau kita baling duit syiling kat patung tu duit tersebut akan melekat kat Ice Man tu..haha So untuk buat memory Fai baling duit syiling Malaysia kat situ. Nah tepek kat badan IceMan 10 sen.
Ice Palace
Macam-macam bentuk ada..Salah satu karakter dlm Ice Age pun ada kat situ. haha Kesiann dia terperangkap dlm ice. Dekat dalam Ice Palace ni mmg sejuk, lebih sejuk dari puncak tempat main salji.
Yeaayyy~ dah sampai puncak Jungfraujoch! MasyaAllah cantikkkknyerrr~ Nak pengsan rasa sebab gembira sngat. hahaha
Lepastu apa lagi, bergambar sakan laa, Macam-macam gaya ada. Yang penting gaya baring atas salji, yang tu wajibbbb~ dan Gambar bersama Bendera Negara Malaysia yang tercinta~
*Jangan lupa bawak sunglasses sebab kat atas ni silau sngt dngn pancaran matahari.
Oh yea~ dinasihatkan kalau naik Jungfrau tu jangan lupa bawa makanan seperti chocolate, asam & seumpamanya. Berada di Puncak setinggi 3454 m tu boleh buat kita pening / darah rendah. So dengan ada makanan tersebut boleh laa membantu mengurangkan pening tersebut. Kalau tak anda-anda yang antibody lemah tuu boleh pitam tahuu...Kang tak pasal-pasal jadi Tragedy Pengsan di Jongfraujoch! hahaha~
WENGEN
Lepas puas main kat atas kita singgah di bawah Jungfrau pulak iaitu Wengen yang berketinggian 1274m . 4180ft Singgah kat sini saja untuk jalan-jalan lepastu boleh laa makan-makan & membeli cenderamata. kalau kat atas harga makanan sangat mahal sampai tercekik darah den..hahaha
Salji dah mula cair~sebab sekarang ni dah masuk musim bunga..
Hahaha~ Snow Ball! bukan nasi kepal yea.
Lepas puas main salji & jalan-jalan kita pulang ke campsite. Sepanjang dalam keretapi tu kita boleh tengok pemandangan yang sangat- sangat lah cantikkk,,,Sampaikan Hatiku Tertinggal di Switzerland,.hehe..
****
Alhamdulillah Selesai Menerokai Jongfraujoch Top Of Europe Switzerland. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan melainkan kesan tapak kaki saja yg tertinggal atas sana..kihkihkih. Next post Fai akan kongsi pengalaman menerokai bandar Interlaken & Lauterbrunnen Switzerland.
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D
No comments:
Post a Comment