Thursday, June 6, 2013

Conquest Of EUROPE 2013: PARIS | Day 13

Hai, Assalamualaikum¬¬
green scarf 01
1st day in Paris...Perjalanan dari Swiss ke Paris memakan masa agak lama..tapi mujur lah selang 4 jam bas akan berhenti di hentian so tak de lah bontot tu cramp yang amat. hahaha Okay, untuk hari pertama di Paris KC akan bawa kita melawat kawasan bandar (haa, masa ni korang bebas nak pergi mana-mana pun asalkan jngn sesat sudah,=P) tapi sampai masa yang dijanji untuk berkumpul korang kena ada laa di tempat berkumpul kalau tak kena tinggal dek bas lol.lol lupine, lepastu akan singgah di kedai perfume, and off course tempat wajib dilawati iaitu Eiffal Tower. 
#Kesemua gambar dibawah adalah hak milik iamfaifauz.blogspot. 

 
Luis Vuiton
Bergambar di hadapan bangunan LuisVuiton. Kat dalam macam-macam ada jual: handbag, kasut, baju, dan buku pun ada. Tapi ramai orang selalu beli mesti laa handbag. Fai perhatikan barang-barang kat dalam tu yang paling murah adalah 600 euro tu pun yang paling kecik sekali. haha Ramai juga Fai tengok kawan-kawan serombongan membeli handbag bila tanya harga ada laa dlm £2 ribu euro keatas..OMG mahal doh! Xmampu den. Fai Hanya mampu untuk window shopping dan tengok harga je..Haaa, lagi satu tempat ni laa yg Mak Mah bini Pak Jib datang shopping sampai tutup satu bangunan hanya untuk dia saja. Hebat kau Mak mah! 

Arc de Triomphe
Antara monumen yang paling femes di Paris Arc de Triomphe. Ia terletak di tengah-tengah Place Charles de Gaulle. atau di tengah bulatan terbesar yang menghubungkan sekurang-kurangnya 12 jalan! Ukiran dan seni yang terdapat di monument tersebut adalah sejarah negara tersebut. Untuk pergi dekat dengan monument tu korang tak boleh cross jalan raya tu tau..nanti tak pasal-pasal accident. Untuk pergi sana korang kena jalan kaki melalu terowong, jangan risau terowong tu tak gelap pun tapi ia ada bnyak informasi / sejarah tentang Arc de Triomphe di dinding. 

Monument Arc de Triomphe di tengah-tengah bulatan terbesar yang menghubungkan banyak jalan.

 PARIS

Test Drive Sport Car
Kelainan di Paris yang Fai perhatikan, kebanyakan kereta-kereta sport mewah yang berada di tepi jalan tu owner dia akan bt sewa kepada sesiapa nak test drive kereta tersebut. Tapi rasanya owneer kereta tersebut mesti akan ikut juga manalaa tahu takot kereta dibawa lari. =P

LADUREE
Pelbagai kek / manisan ada jual di Laduree. Antara yang paling Famous ialah Macaroon


Basikal Sewa mcm ni bnyak di Paris. 

MUSE DU PARFUM : Fragonard
Kat sini korang nak bau wangian mcm mana semua ada. Mula-mula sampai dia akan bawa kita main game teka bau dan dari bahan apa. hehe lepastu dia akan explain panjang lebar tentang history dan sebagainya then baru lah kita shopping perfume. haha *One more thing, kalau kat luar kedai tu ada orang jual keychin Eiffal Tower 1 packet dlm £5 / 10 euro, Fai recommend kan korang untuk beli sbb kat kedai jual mahal. 

Louvre Pyramid
Tempat ni kami tak singgah pun..cry lupine mugkin KC nak jimat masa sbb banyak lagi tempat nak pergi. Gambar ni snap semasa dalam bas je.

Lunchion time..(tak ingat nama tmpat ni, nanti update balik..hehe) kitaorang pilih makan di kedai Kebab. Kat sini orang-orang dia sangat bagus, style kedai ni mcm fastfood tapi lepas makan diorang sendiri yang akan kemas dan buang sampah, pekerja hanya layan di kaunter je. Di Malaysia pun bagus juga, tapi kebanyakannya hampess. haha (teringat balik...)

Lepas makan baru shopping-shopping di sekitar. Tempat ni harga barang-barang dia MURAH WEIII..So kalau nak shopping mopping pun digalakkan kat sini. Haa, jangan kata Fai tak bagitau hokey. Fai dah borong 2 kasut boot and bag kat sini. MURAH MURAH MURAH...

EIFFEL TOWER
Akhirnya sampai jugak di Eiffel Tower. The most famous landmark in Paris! Alhamdulillah. Puak-puak kami panggil eiffel tower ni besi buruk. hahaha¬ (Abu Jibril a.k.a boss KC laa yang mula-mula sebut pastu baru melarat kat kami..hahaha) saranghea omma appa..
laugh-red-crab

Posing mosing depan Eiffal Tower dengan macam-macam gaya-nya sampai laa akhir sekali duduk kat tepi sbb dah letih+penat. hahaha FYI korang boleh naik Eiffal tower dengan lif  tapi akan dikenakan caj, lepastu setiap tingkat (ada 2 tingkat) berlainan cas. Fai malas nak naik sbb pemandangan setiap tingkat tu sama je pun cuma bezanya tinggi & rendah je. haha

Berdekatan Eiffal Tower tu ada kedai Souvenir. Tapi agak mahal sikit.

Ticket untuk naik cruise ni KC akan beli siap-siap so kita tak perlu nak beratur panjang..

Cepat cari Fai kat mana...? hehe

Penatttttnyaa¬¬ tunggu bas nak balik campsite.
 tired-red-crab


Nampak orang dinner kat dlm cruise..dlm hati 'sedapnyaa makan!'

Eahhh-eah, sama laa...En.Cowboy dah jumpa kembar kasut dia..haha

****
Orang kata Paris ni Kota Cinta dan bahasa dia yang paling romantik, Tapi Fai tak rasa macam tu pun. haha Bandar Paris mmg cantik, menarik, tertarik kau mmg de boom tapi rasanya Swiss lagi best...Maybe bcause i  am more into Scenery, nature..etc cewahhh, dan-dan jee..hahaha

Tapi part paling sedih masa di Paris bila tak sempat nak tengok Eiffal Tower pada waktu malam dengan lampu-lampu yang cantik. Haritu otw balik ke campsite pun dlm pukul 7pm, ingatkan sempat rupanya tak. Lagi satu polisi bas kat sana tak boleh bergerak / berjalan pada waktu malam..so melepas laa kat situ. But its okay In Syaa Allah, ada rezeki datang lagi. 
****
Ada satu hari lagi di Paris sebelum bertolak pulang ke London..
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D
green scarf 42



No comments:

Post a Comment