Kali ni Fai akan kongsi Conquest of Europe di Pisa, Italy pula. Perjalanan dari Rome ke Pisa tidak lah jauh sangat berbanding perjalanan sebelum ni yang memakan masa agak lama untuk sampai ke suatu destinasi. Di Pisa, kita hanya bermalam 1 hari saja. Sepertimana kita sedia maklum, Pisa terkenal dengan bangunan dia yang condong tapi masih lagi kukuh berdiri! Sampai saja di campsite Pisa kita check in cabin / dirikan khemah dan kemudian terus berjalan-jalan di bandar Pisa.
Pisa
Sampai di Pisa, mungkin dalam pukul 2-3 petang. Di Pisa lah tempat paling awal pernah sampai kalau sebelum ni sampai di destinasi dlm pukul 6-7 petang. huhu~ Sampai je terus checkin lepas tu siap-siap untuk berjalan di bandar Pisa.
Dari campsite ke bangunan Pisa dekat je. Dalam 10-15 minit dengan jalan kaki. Untuk kesana kita lalu bawah jambatan n kat dinding tu penuh dngn lukisan & tulisan. (seni gituu~) Lepas tu jalannnn je sampai jumpa tempat ramai orang & kedai bnyak-byak.
Yang dalam gambar ni adalah antara kedai-kedai yang terdapat di luar tembok besar sebelum masuk ke tempat Pisa. (kat dalam pun ada kedai cenderamata juga).
Tips kat sini: Sampai je kat bandar Pisa, jangan terus membeli tapi pergi tangkap gambar banyak-banyak dulu, lepas tu baru shopping sakan. Biasanya kedai kat dalam harga dia lebih mahal berbanding dengan kedai kat luar. Dan lagi satu kalau orang tempatan yang menjual, diorang mmg tak suka tawar-menawar harga, so kalau nak dapat harga murah beli dengan mat bangla yang menjual kat situ, siap boleh dpt harga kasih sayang lagi. hahaha~ Yang bestnya some of them pernah kerja di Malaysia and ada yang fasih bercakap dlm bahasa melayu so kalau nak negotiate harga tu no hal lah. (kedai kat luar tembok besar lagi murah!)
Haaa~ beli-beli jangan tak beli. Baju, beg, topi, cenderamata, fridge magnet semua ada yang beza harga dia jee mahal/murah. So selamat membeli belah dengan bijak yee..
Great Wall of Pisa..hehe
Untuk melihat bangunan condong, kita kena melalui tembok besar ni. (Mcm tembok besar di China pula rasa)
Suasana di Pisa.
Salah satu bangunan / gereja yang ada bersebelahan dengan bangunan Pisa.
Aksi paling famous semasa bergambar di Pisa! hahaha~ 3 orang skali posing dlm aksi 'tolak' bangunan Pisa.
Gambar posing paling win stakat ni..
(Terkena lutut sikit je dah senget, nampak tak kuasa lutut kat situ..hehe)
Bergambar bersama 'silver man'. Kalau nak bergambar or tangkap gambar dia korang kene bayar dulu (tak kesah berapa pun) baru boleh nak posing-mosing dengan dia.
Okayy~ dah selesai semua tangkap gambar posing, mosing & candid dan membeli cenderamata di Pisa, Italy, kita pulang ke campsite yukk. Balik pun kita lalu jalan yg sama. Lepas tu boleh dinner dan rehat. Esok bergerak ke destinasi seterusnya pula.
Sebelum nak bertolak ke destinasi seterusnya, ada laa makcik & pakcik salleh ni dtg berborak dengan kami, nak tahu tak diorang sangat-sangat terkejut yang kami travel 8 negara Europe dalam masa 16 hari! haha~biasanya diorang travel 1 negera untuk 4-5 hari. so bagi diorang its quite awesome! haa~nampak tak kelebihan travel dengan Kelana Convoy ni? Lepastu kebetulan pula KC dah siap masak makanan untuk lunch nanti, KC pun bagi laa diorang try, diorang kata sedapp..(dlm bahasa omputih laa okay) Kalau tengokkan gambar makcik salleh tu mungkin kata "hot, hot.." kihkihkih
****
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D
No comments:
Post a Comment