Friday, May 31, 2013

Conquest of EUROPE 2013: ITALY (Rome) | Day 7 & 8

Assalamualaikum, hai~
hello-red-crab
Masih lagi sambungan Conquest of Europe 2013. Selepas bermalam selama 2 hari di Venice diiringi dengan bersuka ria, menerokai keindahan dan keunikan bandar terapung di Venizia, sekarang kita sambung kegembiraan ke Rome Italy pula.

Dulu semasa di sekolah subjek paling Fai tak suka adalah sejarah. Boleh dikatakan subjek sejarah ni mcm 'ubat tidur'..mihmihmih~ But now i like it! my new motto "Melancong Sambil Belajar"  \(^_^)/ So Fai nak share serba sedikit tentang Rome: Rome adalah ibu negeri Italy, ia juga terkenal dengan negeri bersejarah Roman Empire dan dengan populasi penduduk sebanyak 3.8 million. Lepastu Fai akan kongsi juga tempat-tempat menarik di Rome yang wajib dilawati!

"We travel, some of us forever, to seek other states, other lives, and other souls"
Barberino Designer Outlet
Perjalanan dari Venice ke Rome memakan masa berjam-jam. So otw nak pergi Rome tu kita akan singgah di Barberino outlet untuk jalan-jalan+shopping+lunch. B.O ni mcm JPO di Malaysia tapi harga dia lagi murah (dlm euro) hihi..Sampai di campsite pun dah ptg so we just check in + dinner + free&easy.

****                                                        1 JUN 2013 

Tadaa~ 5th campsite: Tiber Roma
Disini kita akan bermalam selama 2 mlm. Hari pertama checkin & free&easy. Untuk hari kedua kita akan melawat bandar Rome yang sngt cantik.


Breakfast di depan cabin.
Dalam cabin berbeza dngn cabin sebelum ni, dalam cabin ni boleh muat 2 org shj (2 katil single bed) dan 1 tandas. Kat luar setiap cabin pula ada meja untuk makan dan rehat. 

Persekitaran di Tiber Roma sangat cantik. Disini ada kemudahan seperti mini market & restaurant. Lepastu susunan cabin (mcm dlm gmbr diatas) pun menarik. 

Kita akan naik keretapi di stesen Prima Porta untuk ke bandar Rome. *Kat sini ramai penyeluk saku / pickpocket yang profesional..hehe so sila berhati-hati. Dah ramai yang kena kat sini!
  sword-red-crab
1st destination di Rome: Vatican City
Dari train kita akan jalan kaki ke Vatican City. Masa dtg haritu hujan (selamat bawak ponco) hee~ Vatican city ni adalah sebuah gereja yang terbesar di Rome, Italy yang diketuai oleh Pope. 

Bestnya MAKAN~ hee
Selepas melawat Vaticant City, KC akan bawa kita ke satu tempat dimana banyak restaurant halal disediakan. So korang boleh pilih nak makan di restaurant mana. Untuk kali ni Fai pilih untuk makan Chicken Briyani+Beef Briyani+Kebab (mkn dngn group okay, xhabis nak mkan sorang tuu..hihi) 

Arch of Constantine & Colosseum
Selepas makan kita teruskan pula ke 2nd landmark di Rome yang paling famous iaitu Colosseum.
****
Gambar kanan: bergambar dihadapan Colosseum. Its originally known as the Flavian Amphitheatre, with its 80 arched entrances which allowing easy access to 55000 spectators who were seated according to ranks. Its also popular with gladiator combat & wild animal fights.(sources:HistoryColossseum)
****
Gambar Kiri: Arch of Constantine (Arco di Constantino). Its located just outside the colosseum. It was erected as a mark the victory of Constantine over Maxentius at the battle of Milvian Bridge.

Dari Colosseum kita akan lalu satu tempat mcm dlm gmbr tuu (tak sure nama tempat tu apa). Tempat tu nampak sngt 'bersejarah' mungkin peninggalan dari zaman dulu. *Kalau sesiapa tahu boleh laa sharing dngn Fai. =)

Frutta Fresca
Semasa perjalanan kita akan lalu kedai buah ni. Buah-buahan dia semua segar dan besar! Paling unik dia jual isi buah kelapa yang dipotong lepastu ada air kelapa yang mengalir untuk bagi buah kelapa tu sentiasa basah dan tak kering. (Kat Malaysia takde buat mcm tu..Mcm dalam gambar ke 2 kat atas) Tapi paling best buah ceri: Manis+Besar...sedapppnyerrr~

One landmark dominating Piazza Venezia is Il Victtoriano
This is a monument dedicated to King Victor Emmanual II, the 1st king of Italy.

Trevi Fountain
Trip to Rome will not complete without a visit to Trevi Fountain! Ia dikenali sebagai the most stunning fountain in the world. Haa, kalau dah sampai Rome tu mmg rugi tak dtg sini.

Di Trevi Fountain ni mmg legend dengan baling duit syiling. Setiap hari orang yang melawat Trevi ni akan throw the coins and make a wish! So tak heran laa kalau dalam kolam tu penuh dngn duit syiling. Then, the coins are collected every night and given to Italian Charity called Caritas. Legend hold that if we thrown a coin into a fountain will ensure a return to Rome & thrown 2nd coin if u are seeking for a love & 3rd coin for wedding bells! haha~ Fai baling syiling Rm0.10 je & mungkin akan sampai lagi di Rome jika panjang umur dan diizinkan oleh Allah s.w.t. In syaa Allah.

Di Rome cuaca sngat panassss. (Hujan sekejap je di Vatican City) So ubat untuk panas mcm ni adalah dngn makan 'aiskrim Gelato' (smbil makan sambil shopping) 

Panas di Rome ni tak sama dngn panas di Malaysia. Cuaca dia lebih kpd Panas Kering. Tengok tu orang-orang dia siap berjemur lagi kat bawah matahari terik kat tangga tu. (mcm duduk kat tepi pantai pulak rasa) yang baring berjemur pun ada..haha Kalau Fai mesti cari tempat berteduh, dah puas kena panas kat Malaysia. lol lupine

Piazza Del Popolo
Its a large urban square in Rome & also known as 'People Square'. Dekat situ ada 3 gereja: Santa Maria del Popolo, Santa Maria ini Motesanto & Santa Maria dei Miracoli

Dihadapan stesen keretapi
Hampir semua tempat di Rome dah diterokai dan mmg betollah tempat ni mmg kaya dngn sejarah!
So masa pun dah tiba untuk pulang ke campsite. Kita balik pun dngn keretapi juga so hati-hati sekali lagi yea atau the best word is 'always becareful' . Tak kira la kat mana kita berada kena sentiasa berhati-hati. tak rugi pun kan. haha~ wink lupine

****

Setelah penat berjalan dan ronda-ronda di sekitar bandar Rome (jalan kaki okay) kaki pun dah penat, muka pun dah tak de bedak so jom laa kita balik campsite untuk dinner dan berehat dan simpan tenaga untuk melawat destinasi seterusnya pula. 
Cuti-cuti Conquest of Europe di Rome dah tamat!
Next destination: Pisa Italy
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! 
well-done-red-crab


No comments:

Post a Comment