Wednesday, May 29, 2013

Conquest of EUROPE 2013: AUSTRIA | Day 5

Haiii~Selamat Datang ke blog Fai. =)
Kali ni Fai akan kongsi pengalaman di Austria.

"Like all great travellers, i have seen more than i remember and remember more than i have seen"
3rs Campsite: VacansOleil Camping Holidays.
Dalam cabin ni ada 2 bilik tidur, 1 bilik air, dapur dan tempat makan.
Kat sini pun kita hanya bermalam untuk 1 hari saja, Pemandangan dekat sini sangat cantik kerana dikelilingi bukit bukau dan alam semula jadi.

Breakfast dulu sebelum bertolak~
Haa, ni laa ruangan untuk makan dan rehat dalam cabin. Hari ni bfast dengan maggie je. Hohoho (air hot coklat dia mmg sedap)

INNSBRUCK

Di bandar Innsbruck kita singgah dulu di Swarovski Innsbruck.
Di dalam kedai Swarovski ni memang cantik! di dalam ada jual berbagai jenis swarovski contohnya: gelang, subang, rantai, Pendora, Pen & brang hiasan yang lain. Lagi hebatnya bukan barang-barang je ada berlian swarovski, tapi kat lantai, tangga & dlm toilet pun dihias dengan berlian swarovski, Hebat betul!

Tadaaa~Dapat 3 beg Swarovski. Sekarang jom jejalan pula. (gembira, hati senang..lalala~)

Golden Roof (Anjung Emas)
Jangan lupa untuk bergambar di Anjung Emas yang tersergam indah di perkarangan diraja ni.

Lepas puas bergambar, jom laa kita beli sesuatu kat kedai cenderamata untuk buat memori di Malaysia nanti. =D

Mcm biasa kita singgah untuk makan dulu (Fai beli roti je). Gambar bawah pula makanan dia macam roti & kat dalam dia ada cream. Macam-macam pilihan cream ada. Fai punya fav Vanilla. Sedap! 
Lepas tu, KC akan bawa kita melawat sekitar bandar Innsbruck dan seterusnya kita teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

BERGISEL

Sebelum menuju ke Negara seterusnya, kita berhenti makan & rehat di Bergisel.
Kalau nak tahu di Bergisel ni famous dengan Luncur Lompat Tinggi Ski Olympic.

Mcm minggu orientasi pula beratur nak ambil makanan..haha 

Tukang masak kami. Thank you for the food! =)

Makan kat mana-mana pun boleh.
Jom Makan!

Salah satu tugu yang ada di Bergisel.

Pemandangan dari atas Bergisel.

Kat sebelah bas kami ada Uncle-uncle Motor Besar tengah berkonvoi dan berhenti rehat disini.
Bergambar bersama Uncle Motor Besar & En.Cowboy =D

Selepas berehat di Bergisel kita teruskan perjalanan dan berhenti lagi di RnR sebelum sampai ke destinasi seterusnya di Italy. Beli lagi mkanan & minuman untuk bekalan atas bas. Hahaha~dalam bas keje Fai makannnn je smbil menghayati pemandangan luar bas. 


Yeaayyy~ Pengembaraan di Austria | Innsbruck & Bergisel dah tamat.
Next Destination: ITALY (Venice)
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D



No comments:

Post a Comment