Tuesday, May 28, 2013

Conquest of EUROPE 2013: GERMANY | Day 4

Haiii~
Post kali ni adalah sambungan dari Germany | Day 1.

2nd Campsite di Heide
1 hari je tido di Heide. Semalam check-in, Harini check-out!

Ini lah cabin di Heide.
Waktu malam mmg sejuk giler. menggigil! haha


















Gambar kiri tuu adalah rupa dalaman cabin Heide. 1 cabin untuk 4 orang.
Gambar kanan pula adalah persekitaran di campsite. Patut laa sejuk semacam semalam!

Breakfast dulu sebelum bergerak ke destinasi seterusnya.

FUSSEN

Fassadensanierung Schloss Neuschwanstein
(Neuschwanstein Castle)

 Untuk melawat castle tu, kita kene naik atas bukit samada jalan kaki @ dengan kereta kuda. Mesti laa Fai pilih kereta kuda. hihi~ tapi masa turun Fai jalan kaki je. Laju jee turun bukit!

Germany's Fairytale castle
"Neuschwanstein is known all over the world as a symbol of idealised romantic architecture and for the tragic story of its owner. After losing sovereignty in his own kingdom, Ludwig II withdrew into his own world of myths, legend and fairytales."

Kat bawah kita akan jumpa banyak kedai cenderamata & lain-lain
Dibelakang Fai pula adalah Museum Der Bayerischen Konige
(Museum of the Bavarian Kings)

Subhanallah!
Pemandangan yang sangat cantik berhadapan museum. Tenang jiwa raga. =)
Seterusnya, kita teruskan perjalanan ke 3rd Campsite di Austria.

Selepas beberapa jam perjalanan, kita stop dulu di RnR untuk lunch.
Lunch kali ni makan bihun goreng obersea!

Lepas tu buat laa apa yang patut, nak masuk toilet, minum coffee, atau beli pape untuk makan/minum dalam bas pun boleh. Tu Fai beli air untuk mnum dlm bas. Dahaga! hehe

Singgah sekejap di Zugspitzblick.


Dekat sini kita boleh lihat pemandangan yang sangat cantik!
Rugi kalau tak bergambar kat sini.

Fai bergambar dengan Mol salah sorang staff KC. 

Gagah Perkasa.
Motor antik sapa laa tu yang tertinggal kat atas tuu..huhu~

Our 3rd Campsite di VacansOleil
Akhirnya dah sampai di campsite selepas melalui bukit bukau sambil disajikan dengan pemandangan yang cantik. Pemandangan dekat camp ni sangat cantik!! Next post Fai akan tunjuk gambar di sekitar Campsite. (rugi tak tengok..hehe) Sesampai je di Campsite staff KC terus masak dinner untuk kami. 

Haa, masa Fai n family bersiar-siar dekat campsite haritu adalah terjumpa Asia Restaurant. Nasi goreng pun ada jual kat sini. Halal ke tak Fai pun tak tahu.


Okayy~Tamat sudah perjalanan Fai di Germany | Hedelberg & Fussen
Next Destination: Austria
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah. =D




No comments:

Post a Comment