Wednesday, May 22, 2013

Conquest of EUROPE 2013: KELANA CONVOY




Yahuuuuuu~ Kemana kita nii? heee..
sebenarnya dah lama Fai join trip ke Europe ni tapi baru hari ni kerajinan menulis tuu datang.
So dalam ni akan ditulis semua pengalaman sepanjang perjalanan dari mula dan akhir
dan kepada akak2 abang2 and adik2 yang nak berjalan kesana boleh laa survey blog Fai ni dulu (promote blog sendiri)..hee  
Sebelum tu jom baca intro duluuu~~

Untuk Trip Conquest of Europe ni Fai ambil tour dengan KelanaConvoy (korang boleh cari kat facebook). Pergi trip dengan Kelana Convoy ni bestttt. kenapa Fai kata best? haaa,, baca laa sampai habis kalau korang nak tahu..haha (*Logo KC seperti dalam gambar kecil dibawah)


Fai pergi Europe dengan keluarga termasuk lah mak sedara sorang.Time tu baru habis study diploma in Public Admin di UITM Dungun. Masa pergi tuu Fai ambil pakej trip dengan KelanaConvoy (KC). Yelaa, tak mampu Fai nak ambik yang mahal2, murah2 sudah ler dapat jugak jejak kaki ke negara barat tu, iyer dok? bnyak lagi pakej yg KC sediakan dan dari segi harga takde laa mahal sangat dan sangat berbaloi, untuk maklumat lanjut pasal pakej tu refer kat facebook Kelana Convoy okay. =)

Untuk yang bakal ambil trip dengan KC ni meh Fai nak kongsi2 sikit. Untuk budget trip ni korang bukan tidur di hotel berbintang-bintang. hehehe~ (nama dah budgetkan so kena redha je la) Untuk trip ni biasanya akan tidur dalam khemah tapi boleh buat pilihan untuk tidur di cabin/caravan/etc (jenis2 penginapan berbeza mengikut tempat) so harga pun jadi mahal laa sikit. Fai pilih untuk tidur di cabin sbb kalau tidur di khemah korang kena pasang dan tutup khemah tu sendiri.(*khemah n sleeping bag akan diberi kpd setiap ahli, so setiap kali berpindah korang mesti bawa, tak boleh tinggal). Sesiapa yang nak rasa adventure dan rajin boleh laa pilih tidur di khemah. korang jangan risau pasal tak reti bukak tutup kemah ni sbb akan ada orang bantu. 

Biasanya untuk setiap tempat KC akan stop sama 1 atau 2 hari dan pengangkutan adalah dengan bas. Manakala makan pula bukan makan di hotel okay. Tapi staff2 KC akan memasak dan dibantu oleh anda semua, secara ringkasnya memasak secara bergotong royong gituuuu. Yang untungnya, masa Fai pergi dulu ada sorang peserta masterchef malaysia dalam group so apa lagi dia laa chef ktorang. (sedapp mak aihh depa masak, peserta masterchef katakannn)..hohoho

Lepas tu, nak bagi nasihat sikit, kalau pergi tuu jangan laa bawak bagasi banyak2, dah laa bagasi tu besar-besar pastu 2 beg sorang pulak. Mana muat nak sumbat dalam perut bas dah laa ramai peserta. Masa Fai pergi tu KC sediakan 3 buah bas 2TINGKAT. Mmg ramai gila ahli rombongan time tu (biasanya takde laa seramai tu). Kira-kira dalam 200 orang kot. Yang Fai kenal tak sampai 20 orang pun (tak sempat nak kenal, ramai sangat). hehe,, Dan lagi satu, dekat setiap campsite tu akan ada tempat Dobi self service untuk korang basuh baju. 

Pastu anggaran keseluruhan kos tour + belanja sendiri + tiket flight pergi balik ada laa dalam Rm10 ribu sorang. (*kalau nak murah lagi tiket flight tu korang beli laa semasa MATTAfair ataupun masa promosi) Dalam conquest of Europe 2013, Fai pergi melawat 7 Negara dalam masa 16 hari. Antaranya adalah: London-Holland-Germany-Austria-Italy-Switzerland-France

Lepas habis tour tu Fai spend lagi beberapa hari di London jalan-jalan dengan keluarga (jalan sendiri-sendiri jee, xde guide pun + klau jalan di London korang takkan sesat punya laa) =)

Fai rasa Kelebihan tour dengan Kelana Convoy adalah:
Harga yang sangat murah, untuk Conquest Europe adalah dalam Rm4000!
Dalam harga ni juga sudah termasuk semua makan/minum dan tempat penginapan untuk sepanjang perjalanan!
Paling best kita boleh melawat 7/8 Negara EUROPE dalam masa 16 hari!
(Orang putih pun terkejut uoalls kita boleh melawat semua kawasan dlm 16 hari) =)

Fai nak kongsi sedikit tips dengan korang semua:

1) Bawak sikit pakaian, sebabnya kita boleh basuh bila sampai di setiap campsite
2) Simpan botol air yang korang minum tu sebabnya dekat tandas takde paip air tau
3) Jangan bawak duit cash terlampau banyak sebabnya mungkin malang tidak berbau
4) Berhati-hati dan jaga beg anda sebabnya kat sana ramai pickpocket yang pro.
 (Terutama sekali dekat Rome.)
5) Pastikan korang ada nombor telefon staff KC sebabnya kalau tersesat kat mana-mana boleh call org KC terus. (Paling senang sesat adalah di Venice...haha)


Okayyy semua,,,

Sampai sini je entry aka mukaddimah untuk Fai punya
travel Conquest of Europe 2013.
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D







2 comments: