Assalamualaikum semua..
Selamat datang ke Blog Fai~ =)
Dalam post kali ni Fai akan update Conquest of EUROPE 2013 di Italy (Venezia)
Lepas trip di Austria, kita terus menuju ke 4th Campsite di Venice. Dan masa sampai di campsite time tu dah nak gelap so tak boleh nak pergi jejalan jauh. Yang boleh buat lepas sampai di campsite adalah dinner, jalan-jalan sekitar campsite, & tidur. Keesokan harinya~~
"The World is a Book, & Those who do not travel read only one page"
4th Campsite di Venice: Camping Fusina Venezia
Cabin di Venezia sama je dngn cabin sebelum ni, dalam cabin ada 2 bilik tidur, 1 bilik air, dapur & meja untuk makan/rehat.
Untuk pergi ke Bandar Terapung Venice, kita kena menaiki bot dan memakan masa dalam setengah jam. Dari campsite ke jetty ni jalan kaki sahaja. Dalam bot ni pula korang boleh pilih nk duduk didalam atau atas.
Sesampai saja di Bandar Terapung Venice kita akan berkumpul untuk deberi sedikit taklimat & nasihat oleh org-org KC. Yang penting kat sini korang kena ingat nama jetty tempat korang turun tadi! kalau tak nnti sesat lor..ada faham?
Tempat paling famous di Venice ni mesti laa GONDOLA kan..
Haa~ni laa tempat nak naik perahu Gondola tu. Untuk setiap Gondola/perahu mungkin dlm 90euro. Dalam tu boleh muat maximum 6/7 orang.
Antara gambar semasa naik Gondola. Diorang akan bawa kita keliling bandar venice sambil menyanyi. So korang boleh laa relax-relax menghayati pemandangan Vanice sambil diiringi lagu~
(Boleh tahan bau air dia..tahan je laa~) =)
Salah satu jalan air diorang akan bawa..
Dlm gmbr ni adalah detik-detik cemas bila berselisihan dngn bot besar di lorong kecil ni. haha~ (but no worries, diorang semua ni expert n plus ni kan tempat diorang..kuikui)
One of the quiet canal in the island.
Lepas naik Gondola, KC akan bawa pula kita ke tempat Lace &Linens.
Didalam kedai Lace&Linens.
Pelbagai corak dan size lace kita boleh beli. Kalau hias dalam rumah ni mmg cantik. =)
Ni part paling best: MAKAN! =D
KC yang akan bawa kita makan di restaurant ni. Lepas tu korang order laa nak makann apa. Biasanya Fai akan order makanan seafood je. Akhir sekali lepas makan tuu jangan lupa bayar bill yea. hehe~ Bon Appetit! (*Lepas makan korang bebas untuk menerokai Bandar Venice sendiri) ^_^
Antara makanan seafood yang Fai order.
spageti seafood
sotong tepung + lemon
pizza seafood
One of the famous landmark in Venice: Rialto Bridge
The Grand Canal view from Rialto Bridge
One of the major water-traffic in the city. Public transport is provided by water buses, private water taxis & gondola.
Venice Rialto Market
Dekat sini korang boleh jumpa makanan yang fresh dari laut, buah-buahan dan lain-lain. Menariknya kat sini di sepanjang deretan kedai korang boleh membeli sambil menghayati pemandangan yang unik dari terusan utama ni yg sibuk dengan pengangkutan air.
One of the popular item in Venice is Venetian Masks
Di Venice ni setiap tahun mereka akan mengadakan satu acara carnival tahunan (Carniva Of Venice) dimana semua orang wajib memakai mask. Fai pun ada beli satu untuk buat acara sendiri kat umah. winkk~
Selain dari Venetian Mask, kat sini juga famous dengan Glass Murano & Beg Kulit
Cenderamata kat sini pun cantik-cantik. Rambang mata kejap.
Piazza San Marco
Salah satu tugu di Venice.
Sibuk makan Gelato Aiskrim~ yummy
Lepas puas berjalan di bandar terapung Venice jom kita balik ke jetty.
Make sure korang ingat jalan balik yea. Nanti tak pasal-pasal jadi penduduk baru Venice.
Jalan & lorong-lorong dia lebih kurang sama je. Kat sini senang je nak confuse & sesat.
Gembira hati sebab tak sesat.
Tapi ada orang kata "Kalau sesat di Venice umpama dia dah terokai bandar Venice!"
Untung laa En.Cowboy penah sesat di Venice..hahaha~
Nama jetty: Zattere
Dekat Venice ni ada banyak jetty. Kalau tersalah jetty kita mungkin akan merantau ke tempat lain pula. hoho~
En.Cowboy berkongsi cerita pasal dia sesat di Venice. Mcm mana En.Cowboy sesat?
Haa, ceritanya masa nak balik tu my dad cari laa jetty Zattere ni tapi tak jumpa disebabkan keliru dengan jalan yg hampir sama semua. Lepas tu, dia patah balik ke tempat berkumpul (mana tahu kot-kot jumpa orang-orang yang dikenali) tapi takde sorang pun yang nmpak mcm kenal. Last sekali dia minta tolong polis Venice untuk call number Abu Fadhil (staff KC). Nasib baik ada number staff KC! Alhamdulillah, diorang sampai ke campsite dengan selamat. Tak sempat jadi penduduk baru Venice. hehe~=D
****
Alhamdulillah pengembaraan Fai di Venice juga dah tamat.
Post seterusnya Fai akan kongsi pengalaman bersama KC di destinasi seterusnya
ITALY (Rome)
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah =D
No comments:
Post a Comment