Setelah hampir 15 hari menjelajah Europe bersama Kelana Convoy akhirnya trip ini sudah sampai ke penghujung dan penamat Conquest Of Europe 2013. Sedihhnyaaa~~=( Sepanjang 15 hari bersama KC memang sangat menyeronokkan dengan staff & kawan-kawan serombongan yang memang sangat sporting habis..
****
Kali ni Perjalanan pulang dari Paris ke London kita akan melalui laluan air iaitu dengan ferri. Haaa, ni bukan sembarangan ferri tau & bukan yang macam di Penang tu..haha Yang ni ferri besar punya macam cruise, dengan bas-bas pun boleh masuk.
P&O FERRIS
Bas akan lalu P&O Ferries untuk Boarding! Lets go..
Lepas bas selamat parking dalam Ferri, kita-kita semua boleh la jalan-jalan didalam ferri tersebut sebelum sampai ke Dover di London. Ferri tersebut ada 3 tingkat dan dalam dia ada cafferia, kedai cenderamata, restaurant and lain-lain lagi.
Macam biasa kalau Fai pergi mana-mana mesti akan order Hot Chocolate! hehe
Lepas puas jalan-jalan di dalam ferri, kita pergi jenguk-jenguk kat luar pulak atas deck.( betul ke sebut deck tu??haha)
Taraa~~ Lautan terbentang luas di belakang kami. Alhamdulillah selamat tiba. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Selepas beberapa jam belayar di lautan akhirnya sampai laa kita di Dover!
PORT of DOVER
Singgah di Kastam untuk cop pasport..Selama berada di Europe tak pernah sekali pun cop pasport..So tak penuh jugak laa cop-cop dalam pasport den.
Selamat tiba di Hyde Park, London..Yang beg banyak-banyak tu sebenarnya sleeping bag and tent/khemah yg diguna semasa trip.
Last, bergambar kenangan dengan Abu Fadhil and uncle-uncle driver bus. Lepas ni susah nak jumpa dah..hehe
Si cantik manis sebelah kanan tu adalah mama Fai and yang sebelah dia pula adalah isteri kepada Boss KC iaitu Abu Jibril.
Bersamalam sebelum berpisah.
Selamat Jalan Semua semoga bertemu lagi, Jika diizinkan Allah swt kita jumpa di Malaysia pula ye.
~TAMAT~
#KelanaConvoy
#JomTravelBersamaFai
Terima Kasih sudi singgah! =D