7 August 2014 | Khamis
Hal-hal yang berkaitan dengan bilik penginapan kami di Seoul, Jeju-do dan Busan kami dah settle awal-awal sebelum bulan puasa lagi melalui agoda.com dan booking.com
So, bila dah beres hal di balai ketibaan, kami terus ke kaunter informasi untuk grab pamphlets and brochures (just ambil mana yang patut sahaja okay).****
For the next 5 days, kami pilih untuk stay di Shinchon Hostel (SH) yang terletak di kawasan Ewha Womens University (Edae). Untuk ke SH kita boleh naik subway, bus atau taxi. Yang bezanya ialah cost dan tahap keselesaan. Dari Airport ke SH kami pilih untuk naik limousine bus. Airport limousin bus ni sama macam Airport coaches di KLIA dan Harga pun berpatutan.
****
Kebanyakan orang Korea tak pandai berbahasa Inggeris so jalan penyelesaian yang paling mudah ialah dengan menunjuk print-out nama desinasi SH iaitu Ewha Womens University bus stop (이대역 버스정류장)
*Kaunter tiket airport bus ada di luar main exit no 4. Ataupun kalau tak jumpa tanya di kaunter informasi nanti dia tunjukkan arah. no worries. =)
Senang cerita, direction,, room rate, facilities hostel semua boleh view di website Shinchon Hostel
Shinchon Hostel
Nak cari tempat ni rasanya takde lah susah sangat sebab di website SH dah sediakan peta lokasi. So just follow je. InsyaAllah jumpa.
Gambaran dalam bilik SH. Alhamdulillah bilik dan ruang yang sangat selesa dengan 1 katil standard untuk 2 orang, katil double decker + bilik air + TV + aircon. dan kemudahan lain seperti dapur, ruang rehat, iron dan telefon untuk buat international calls juga disediakan di tingkat bawah.
Disebabkan terlalu penat dan seharian tak tidur, so harini kami just ronda-ronda sekitar hostel saja dan dinner dengan maggie yang dibawa. hehe
****
Pendapat peribadi:
So far so good.
*Lokasi yang sangat strategic sebab dekat dengan subway, bus stop, convenience store, kedai makan , kedai baju, kedai bag, dengan kata lain lokasi tempat memang best!!
*Lepastu boleh jalan-jalan di Ewha University.
*Staff pun friendly and very helpful
*Boleh guna washing machine, free wifi, dan international calls
*Paling best banyak kedai makan yang sedap-sedap kat situ dan kedai jual stoking comel-comel..hehe
#ProjekOgos2014
#KoreaSelatan
#SriPekanGirls
No comments:
Post a Comment