Sunday, August 10, 2014

SOUTH KOREA: D4 | Seoul | Namdaemun Market


Hai assalamualaikum..
Harini kami plan nak pergi ke Itaewon tapi sbelum tu kami singgah dulu di Namdaemun Market atau dikenali juga sebagai Sungyemun Market. Namdaemun market ni besar laa jugak dan setiap kedai jual dengan lain-lain harga ada murah dan ada mahal. So korang kena pandai-pandai membeli okay. =)
tongue-red-crab
So untuk ke Namdaemun Market ni kami turun di City Hall station (Exit 8) sebab senang dari Ewha Womens University station tak perlu transfer
Jalan alternative yang lain ialah turun di Hoehyeon station (Exit 5) atau Seoul station (Exit 4)

Kami start dari Gate 1 hingga star merah.

Di belakang kitaorang tu adalah Sungnyemun Gate and it's unofficial name is Namdaemun Gate.

Brakfast dengan roti cinnamon..
Kedai ahjumma ni berada di hadapan Gate 1 Namdaemun Market. So sebelum shopping jom pekena roti Cinnamon dulu. Serius Sedapp~ 


Suasana di pagi hari dari Gate 1 Namdaemun Market.

Gula Tarik..
Kalau beli gula tarik ni kena makan on the spot..baru best dengan lembutnya. Kalau simpan bawa balik kuih ni akan jadi keras sikit, so better makan cepat-cepat..hehe

Comellllnyee..~~

Aiskrim Tongkat
Kami panggil ni Aiskrim Tongkat sbb bentuk dia mcm tongkat. haha

Kedai Pelbagai Kerepek.
Antara yang paling sedap Lotus Root dan Pumpkin..makanan ni dibuat daripada bahan-bahan organic. =)

Rambang mata tengok baju..hehe


Memang tak sah kalau tak membeli di Namdaemun ni..korang boleh juga tawar menawar kat sini.
=)



Kalau datang Namdaemun Market ni mmg boleh buat kita rambang mata..Semua nak beli..haha
Tapi pikirkan banyak tempat lagi nak pergi dengan bawa bnyak barang, letih pulak kan..so bli mana yang patut je lah..TT

****
Kaunter bergerak atau Tourist Information yang pakai baju warna merah pun ada jugak di sini. So kalau korang was-was pasal ingredient makanan boleh laa tanya dekat diorang atau lain-lain soalan boleh tanya mereka. They are very helpful and nice! =)



No comments:

Post a Comment