Sunday, August 10, 2014

SOUTH KOREA: D4 | Seoul | Itaewon & Ewha Womens University (Edae)

p/s: Mata wang Malaysia (RM) tak boleh tukar di Jeju island, So pastikan wang mencukupi, dan tukar siap-siap di Seoul / Busan.
><

ITAEWON

Selepas berjalan-jalan di Namdaemun Market, Kami terus ke Itaewon.
Di Itaewon ni ramai Muslim, Kedai-kedai makan pun banyak yang halal so kalau datang sini mmg tak perlu risau pasal makan. Kalau nak makan makanan berdaging pun boleh kat sini, di jamin HALAL. =D

Itaewon Station (Exit 3)


Otw balik kami tapau Mr.Kebab ni untuk dinner di hostel..
 Mmg Sedappp~


Kami singgah makan di Muree Restaurant.

Antara makanan yang kami order. 
****
Selepas selesai makan semua, kami pergi pula ke Masjid Itaewon.
Masjid Itaewon ni terletak depan lagi daripada kedai makan ni. jalan terus sahaja.
Ruang solat untuk wanita terletak di tingkat 3. 
Tapi tempat ambil wudhu' dan toilet berada di luar..tak ade di dalam. so sebelum ke ruang solat tu pastikan ambik wudhu' siap-siap. =)

Allahu Akhbar..
Alhamdulillah..sampai juga kami di sini dan solat disini. 


Antara kedai Halal yang terdapat di Itaewon. 
Restaurant yang menyediakan makanan citarasa melayu seperti nasi lemak pun ada kat sini..hehe
Tapi kita datang jauh-jauh tak kan laa nak makan makanan yang dah biasa makan mesti laa nak kelainan kan..Rasa makanan Korea. =P

Kat Kedai Runcit ni kita boleh beli macam-macam dan yang penting HALAL. 
So kami beli sedikit makanan untuk buat stock semasa di JEJU nanti. (seperti roti, makanan dalam tin)
****
Otw balik kami singgah di Manjoo Hana dekat subway
Kalau di Malaysia macam Kaya Ball gituu..


****

EWHA WOMENS UNIVERSITY (EDAE)

Selepas rehat kejap di Hostel, malam tu kami jalan-jalan lagi di sekitar Sinchon.
Ewha Womens University pun dekat sangat dengan Hostel lebih kurang 3 minit jalan kaki.
Dekat Uni tu kita boleh masuk tengok-tengok dan bergambar, buat-buat macam student Korea pun boleh. ahaks.=P

Kasut Gergasi sape yang tertinggal ni???

Ya Allah...Angin malam tu kuat betul. Satu payung kami telah terkorban. TT
(RIP payung xxx, bought from Amsterdam)

Di pintu masuk Ewha Women Univrsity..
Uni diorang mmg serius cantik..

Alchon
Makanan kat sini tersangat lah sedappp~~
Wajib datang makan sini! Recommended. <3

Ni Hiasan saja tau...haha Nampak macam real!
kalau nak makan kena order baru dia masak panas-panas.

Sebelum balik ke Hostel kami singgah beli Churros ni dulu..
Harga dia agak mahal laa..tapi sedap dan berbaloi.!!

****
Kalau datang Korea and stay dekat Sinchon memang best..dengan suasana yang meriah,
banyak kedai baju, kedai kasut, kedai kosmetic, & kedai makan pun banyak dan sedap.
Senang kata tak rugi laa kalau stay di Sinchon / Edae ni.. =)


No comments:

Post a Comment