Selepas kami berehat sekejap, kami pun siap-siap untuk keluar berjalan
Esokkannya kami dah nak ke Busan.
kami ada 2 pilihan tempat untuk pergi tapi disebabkan kekangan masa kami just pergi 1 tempat sahaja.
Ikutkan majoriti kami pergi ke Kimnyong Maze Park.
Sorry omma, lain kali kita pergi Halim Park pulak ye..hehe
Selepas decide tempat dituju, kami pun meminta staff YEHA untuk call teksi.
p/s : jangan lupa ambil flyers/brochure di airport, nanti boleh redeem poskad Maze Park di kaunter masuk.
Tengok dari atas, Pemandangan Mazeland ni sangat cantik.
Untuk masuk sini, kita akan diberi maps so dengan berpandukan maps tu lah kami cari jalan keluar.
Orang yang dah selamat keluar dari Mazeland ni akan bunyikan loceng tanda dia dah berjaya keluar..hehe
****
Sampai masa nak pulang, baru kami fikir nak balik macam mana..hoho
Driver teksi tu nak tunggu kami, (mungkin dia tahu kat situ susah nak dpt teksi kot) tapi kami kata tak perlu tunggu..haha sebabnya kami tak sanggup nak hadap bau busuk dalam teksi tersebut (mungkin bau soju/arak jalanan kot) Ya Ampun, bau diaaa...tak tertahan kami. huhh!
Jadi akhirnya kami decide untuk tahan bas local yang lalu kat situ, lepas tu tanya driver bas tu
"ahjussi, jeju-si juseyooo?~"
maksudnya lebih kurang: "Pakcik, kebandar jeju boleh?"
Lepastu pakcik tu suruh naik and then drop kami dekat bus stop kecil.
Kami pun tak tahu kami turun kat mana time tu..haha Tapi pakcik ni baik sangat sampai dia pesan kat makcik yang tunggu di bus stop tu untuk guide kami bus seterusnya yang akan ke bandar Jeju.
Sampai je bas untuk ke bandar Jeju, makcik tu suruh kami naik and siap bagitau lagi dekat driver bas tu kemana kami nak pergi dan turunkan kami di Terminal bas Jeju.
Kamsahamida Ahjussi & Ahjumma.
Jeju Bus Terminal
Alhamdulillah,, dengan pertolongan tadi kami selamat sampai di YEHA Guesthouse.
How thankful and grateful we are to Ahjumma and Ahjussi, May God bless you!
we had so much fun in Jeju-do. =)
No comments:
Post a Comment